
8 Oktober 2009 (Khamis) – Pagi tadi beberapa orang guru SMK Majakir yang telah mendapat kenaikan pangkat pada tahun ini telah menjamu para guru lain dalam satu majlis bertempat di Bilik Gerakan Mini SMK Majakir. En. Mohd. Idzham Zakaria selaku wakil menyatakan bahawa jamuan ini sebagai tanda terima kasih mereka kepada semua warga guru SMK Majakir khususnya kepada pengetua yang selama ini telah memberi kerjasama serta bimbingan berterusan dalam aspek profession perguruan.
Guru-guru yang terlibat dalam menyediakan jamuan kesyukuran ini ialah :-
En. Junaidi Mahmud, Cik Amanda Wong Li Ling, Pn. Norita Benjamin, Pn. Hamsia Jumadi, En. Salleh Dullah, Pn. Nur Fadilah Zahraa dan En. Mohd Idzham Zakaria.

En. Junaidi Mahmud menerima berita gembira mengenai kenaikan pangkat beliau daripada pengetua. En. Junaidi juga menerima kata-kata semangat dan dorongan daripada pengetua.

Pn. Rokiah, Pn. Zaidah dan Pn. Noratifah sabar menunggu sebelum acara bermula.

Pn. Hajijah, Cik Amanda dan Pn. Nur Fadilah Zahraa sempat posing sebelum kedatangan pengetua.

Inilah acara yang ditunggu-tunggu, pelbagai juadah makanan tersedia. Sesiapa yang puasa, faham-faham je lah.

Nasi impit, kuah satay, kacang bendi celur dan timun antara makanan yang menjadi pilihan ramai.

Lauk nasi minyak pun ada.
Terima kasih kepada guru-guru yang sudi menjamu kami semua, kalau ada rezeki janganlah serik untuk menjamu kami lagi. Kepada En. Mohd. Idzham Zakaria, kami warga sekolah ingin mengucapkan selamat menunaikan Ibadah Haji, semoga pemergian ke Tanah Suci Mekah dan kepulangan kelak sentiasa dalam lindunganNya.