
Pada 9 Jun – 15 Jun 2009, Negeri Sabah telah menjadi tuan rumah bagi Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (D) peringkat kebangsaan yang telah diadakan di lapangan terbang Kota Belud dan di sekitar Kem Paradise Kota Belud, Sabah. Seramai 13 orang anggota Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) SMK Majakir telah terpilih ke Perkhemahan tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Markas 5 Brigad Kem Lok Kawi, Papar.

Sebanyak 14 buah kontenjen telah menyertai perkhemahan tersebut termasuklah Sabah, Sarawak, Johor, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Terenganu, Kelantan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Anggota PKBM SMK Majakir yang telah terpilih mewakili negeri Sabah ialah seramai 10 iaitu Mohd Fadhulla bin Ali Zaman, Mohd Nizam Ismail, Mohd Nizam Atoh, Marcel Dene Jipius, Azwan bin Taib, Sharizal bin Sirin dan Mohd Darwis bin Asmat serta kadet wanita iaitu, Kristina Natalia Martin, Noranisa Bt Johan Kong dan Norazirah Bt Roslan. Guru pengiring kontenjen PKBM negeri sabah ialah En. Noorhisam Othman, En. Jamalit Angak, (SMK Majakir Papar), En. Datu Hilman (SM La Salle,), En. Jusmin (SM Lok Yuk, Kudat) dan Pn Hasnah Hakim (SMK Badin, Tuaran).
Semasa Perkhemahan berlangsung pelbagai pertandingan dan riadah telah diadakan. Antara pertandingan utama yang dipertandingkan adalah Kawad, Merempuh Halangan, Pandu Arah dan Menembak yang dipecahkan kepada kategori kadet lelaki serta kadet wanita. Aktiviti lain yang diadakan seperti pertandingan persembahan kebudayaan, pertandingan khemah terbaik, merentas desa, senaman perang, pameran ketenteraan dan banyak lagi yang semuanya boleh mengujudkan suasana integrasi antara kadet-kadet negeri yang hadir yang dianggarkan seramai 555 orang kadet.

Anggota kadet SMK Majakir telah membantu Negeri Sabah menjadi johan keseluruhan perkhemahan tahun ini dan telah menjadi johan dalam pertandingan Menembak, tempat ke-3 dalam pertandingan Kawad, Johan dalam pertandingan Pandu Arah dan Tempat ke-2 dalam pertandingan merentas halangan. Dalam acara sampingan negeri Sabah telah menjadi johan dalam persembahan kebudayaan.

Majlis penutupan perkhemahan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin. Timbalan Ketua Menteri Sabah, yang juga turut dihadiri oleh Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor, Panglima Medan Tentera Darat, Ybhg En Jame Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Brig Jen Masrani Bin Paiman, Panglima Markas 5 Brigad Kem Lok Kawi, Sabah, Wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, YM IR Datu Jamigul bin Haji Datu Salin, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, serta pegawai-pegawai kanan dari KPM, JPN, Kementerian Pertahanan, Kerajaan negeri dan NGO.
Sumber Berita dan Foto : En. Noorhisam Othman