Program Merakyatkan Seni Budaya
Posted by falco23 on May 19, 2009

Pada 9 mei 2009 (Sabtu) yang lalu Pengetua, Penolong Kanan, Guru Cemerlang dan beberapa Ketua Bidang di SMK Majakir telah menerima jemputan untuk menghadiri Program Merakyatkan Seni Budaya bertempat di Dewan Masyarakat Papar. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah dengan Kerjasama Pejabat Daerah Papar. Program ini diadakan bersempena dengan Penilaian Festival Tari Malaysia. Beberapa orang panel penilai dari Kuala Lumpur telah hadir di majlis tersebut untuk menilai samada Kumpulan Budaya Kinabalu iaitu Johan Festival tari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2008 layak atau tidak untuk ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kebangsaan di mana hanya enam buah pasukan sahaja yang layak ke peringkat ini.















